KUALA LUMPUR – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang dijadualkan berlangsung 20 hingga 24 Mei, kini sudah di tahap 80 peratus persediaan.
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, pameran pertahanan antarabangsa itu dijangka membawa kelainan berbanding sebelum ini.
“Sebanyak 96 peratus jualan reruai dapat kita penuhi. Kita menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian Ketika sidang media selepas Majlis Ucaptama PAT di Wisma Pertahanan, hari ini.
LIMA tahun ini membawa tema ‘Innovate Today, Thrive Tomorrow’.
Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, LIMA edisi ke-17 anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) itu mendapat sambutan awal yang menggalakkan dalam kalangan pemain-pemain industri pertahanan, terutama syarikat dari dalam dan luar negara.- MalaysiaGazette