Benjamin Netanyahu. Photo AFP

LONDON – Pesawat yang membawa Benjamin Netanyahu ke Washington tidak menggunakan laluan biasa bagi mengelakkan ruang udara negara yang menggeluarkan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atas Perdana Menteri Israel itu.

“Pesawat ‘Wing of Zion’ yang membawa Perdana Menteri merentasi Lautan Atlantik, dengan sengaja mengelak negara- negara Eropah yang melaksanakan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu pada November 2024.

“Destinasi pesawat disembunyikan daripada radar,” menurut laporan akhbar, Maariv.

Menurut akhbar itu, laluan penerbangan biasa ke Amerika Syarikat (AS) bermula dengan menuju ke barat merentasi Laut Mediterranean selepas berlepas.

Pesawat tersebut kemudian meneruskan penerbangan ke barat, pada kebiasaannya merentasi Greece atau Türkiye, bergantung kepada laluan yang dipilih.

Pesawat kemudian melalui negara-negara seperti Itali, Switzerland, Perancis atau Jerman sebelum menuju ke Lautan Atlantik.

Ia kemudian memasuki ruang udara Kanada, biasanya merentasi Newfoundland dan Labrador sebelum terus menuju ke timur laut AS dan mendarat di Washington.

Bagaimanapun, laluan penerbangan Wing of Zion mencadangkan jurutebang terbang melalui Greece kemudian ke Rom menuju Turin dan Lyon sebelum merentasi lautan Atlantik.

Netanyahu tiba di Washington pada petang Ahad dan akan bertemu Presiden AS, Donald Trump dan utusan khas ke Timur Tengah, Steve Witkoff.

Mesyuarat tersebut dilakukan ketika rundingan pusingan kedua gencatan senjata di Gaza berlangsung.

Netanyahu dan Trump akan bertemu di White House hari ini. Sebelum beliau meninggalkan Tel Aviv Netanyahu menyifatkan pertemuan tersebut sebagai ‘sangat penting’.

Beliau menyatakan perbincangan itu akan memberi tumpuan apa yang beliau gelar kejayaan terhadap Hamas dan pembebasan tahanan Israel di Gaza.

Ia merupakan lawatan pertama Netahyahu ke luar negara sejak ICC mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant pada 21 November 2024 terhadap dakwaan jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan terhadap Palastin di Gaza.

Menerusi sokongan AS, Israel melakukan genosid di Gaza antara 7 Oktober 2023 hingga Januari 2025 menyebabkan 159,000 penduduk Palestin terkorban dan tercedera yang mana kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wnita dengan 14,000 lagi dilaporkan hilang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here