Keadaan kenderaan pacuan roda Toyota Hilux yang terbabit kemalangan di Kilometer 70 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kampung Sungai Leman, Sekinchan, petang semalam.

SEKINCHAN – Seorang lelaki warga emas maut akibat tercampak keluar daripada kenderaan pacuan empat roda selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kampung Sungai Leman, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, kejadian jam 4 petang itu melibatkan tiga kenderaan termasuk Toyota Hilux, Ford Ranger dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

“Ketika kejadian, mangsa, 62 tahun yang memandu Toyota Hilux berada di lorong kiri dari arah Klang, disyaki mengubah haluan ke lorong kanan untuk membuat pusingan U.

“Kenderaan mangsa kemudiannya dilanggar Toyota Innova yang berada di lorong kanan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Menurut Robin, selepas pelanggaran, Toyota Hilux itu terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh pula Ford Ranger dari arah Teluk Intan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta saksi kejadian supaya tampil menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 bagi membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here