KOTA TINGGI – Kampung Baru Mas, Taman Desaru Utama dan Taman Penawar Harmoni di sini mula dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak awal pagi tadi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memberitahu, setakat ini sebanyak 70 buah kediaman penduduk terjejas banjir.
“Penduduk in ketika ini ditempatkan sementara di dua buah pusat penempatan sementara (PSS) sementara menunggu air surut.
“Dua PPS terbabit ialah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Taman Desaru Utama.
“Setakat ini belum terdapat PPS yang diaktifkan cuma dua buah dewan dijadikan sebagai PPS untuk sementara,” menurut JPBD dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Mat Sani berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera ke Taman Desaru Utama sebaik menerima panggilan pada pukul 6.33 pagi.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati kawasan perumahan terbabit didapati paras air lebih kurang 0.9 meter.
“Operasi pemindahan mangsa dilakukan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Hampir 80 peratus penduduk di taman perumahan terbabit telah keluar dan operasi masih dijalankan,” ujarnya.- MalaysiaGazette