KUALA LUMPUR – Akaun X rasmi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, @chedetofficial digodam.

Menurut kenyataan daripada pejabatnya, sehingga kini pihaknya sedang cuba berusaha mendapatkan kembali akaun tersebut.

“Pihak kami sedang cuba dapatkan kembali akaun tersebut. Terima kasih,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu akaun tersebut  menunjukkan hantaran iklan mata wang kripto.

Namun hantaran itu telah dipadam daripada akaun terbabit selepas sejam kemudian.

Sehingga kini, hantaran terakhir di akaun tersebut adalah ucapan Tahun Baru Cina dari Dr Mahathir pada 28 Febuari lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here