Orang ramai menunggu giliran untuk masuk ke dalam bank bagi mendapatkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Pertama di Sri Gombak, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 22 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Hampir RM13 bilion diperuntukan bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sebanyak RM300 juta pula diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah manakala RM700 juta bagi program mengawal harga barang menerusi usaha sama dengan pelbagai pihak.

“Sementara itu bagi Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak dan Labuan, sebanyak RM40 juta turut diperuntukkan,” katanya katanya dalam sesi pertanyaan menteri pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berhubung saranan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke arah memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang diterbitkan di bawah laporan Indikator Kos Sara Hidup.

Sehubungan itu bagi memudahkan rakyat, beliau berkata, kerajaan menyediakan kalkulator sebagai panduan untuk merancang perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga menerusi aplikasi MyPAKW yang boleh dicapai pada laman sesawang mypakw.dosm.gov.my.

Beliau berkata, sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mempunyai profil bagi semua 30.1 juta individu warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia juga membolehkan kerajaan menjalankan pemantauan dan penilaian secara berkesan bagi membantu rakyat mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here