KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stik apabila Kay’s Steak & Lobster sebagai restoran semi fine dining yang menyajikan aneka stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.
Cawangan tersebut selepas Putra Height iaitu premis pertama yang juga Central Kitchen selain di Conezion Putrajaya dan Ampang dalam usaha memenuhi permintaan di semua lokasi di Lembah Klang.
Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata, cawangan Elmina telah melengkapkan semua sasaran lokasi di Lembah Klang dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran sejak beroperasi lebih 10 tahun.
“Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu di mana mendapat sambutan kerana pemilihan lokasi ini sangat bertepatan.
“Ini kerana kami percaya selain hidangan yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga inginkan kemudahan tambahan terutama pakir kereta yang banyak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Restoran Kay’s Steak & Lobster Elmina oleh penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang turut dihadiri lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga di Elmina Temu, Shah Alam semalam.
Mengulas lanjut, Aizuddin menambah, Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep berbeza.
Seterusnya menurut beliau, adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026.
Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster pula dianggarkan sekitar RM300 bergantung kepada berat lobster andai sekitar 800 gram.”Istimewanya selain menu utama seperti udang kara hidup yang diterbangkan dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signatur Kays Steak & Lobster dan menjadi pilihan ramai serta telah mendapat sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
“Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal,” ujarnya.
Restoran itu juga kini menjadi lokasi pilihan makan seisi keluarga termasuk mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi medan perhimpunan pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan. – MalaysiaGazette