Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali (tengah) bersama sebahagian ahli GISBH selepas hadir pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 23 DISEMBER 2024.

SHAH ALAM – Sebutan kes kali pertama Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd dan 21 atas pertuduhan menjadi ahli jenayah terancang telah ditangguhkan.

Kes yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini telah ditunda ke 12 Februari akan datang.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Selayang memutuskan untuk memindahkan kesemua 22 tertuduh ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan lanjut.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan memperoleh keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes tersebut.

Peguam bela yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan tersebut dan memohon agar Nasiruddin dan isterinya ditempatkan dalam sel biasa kerana mereka telah dikurung secara berasingan selama sebulan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here