Ir. Razali Kasim dan Mohammad Nizar Mohamad Najib mengenal pasti isu berkaitan anjir liar, lampu jalan bermasalah dan jalan raya yang rosak di Kawasan Perindustrian Gebeng semalam.

KUANTAN – Isu anjing liar, jalan berlubang di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini perlu ditangani segera jika mahu ‘meminang’ pelabur bagi memacu ekonomi.

Exco Kerja Raya Pengakutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, pihak bersetuju dan sedia bergandingan dengan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang,Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib bagi mengatasi rungutan daripada orang awam serta pemain industri di kawasan berkenaan.

Ujarnya, aduan yang diterima termasuk oleh pihak industri semakin membimbangkan sehingga merencatkan suasana di kawasan perindustrian itu,

“Saya dapat aduan juga isu anjing liar mengancam keselamatan nyawa pekerja di sini sehingga mengalami kecederaan dan berlaku kemalangan dan saya menerima enam laporan bergambar berkaitan kes anjing liar.

“Selain itu sekurang-kurangnya enam aduan kerosakan lampu jalan disekita Gebeng dan 15 aduan kerosakan jalan di laluan ini diterima,” katanya.

Razali berkata demikian ketika membuat tinjuan di sekitar Gebeng bersama Mohamad Nizar pada semalam.

Justeru pihaknya akan mengambil perhatian terhadap aduan yang diterima berkaitan infrastruktur yang kurang memuaskan menerusi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah pihaknya akan menumpukan kerja penyelenggaran menerusi pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi memudahkan pengurusan.

“Kami komited untuk selesaikan isu berkaitan, sebab itu apabila dimaklumkan saya terus mengumpulkan pihak berkenaan bagi menangani isu tersebut, kita tahu kawasan industri ini sasaran utama pelabur dan pemegang taruh.

“Jangka pendek, kita akan menurap balik jalan yang pecah ini dan untuk jangka panjang kita mungkin akan gunakan kaedah CIPR (Cold In Place Recycling) yang lebih kukuhkan lagi struktur jalan cuma kosnya agak tinggi, berkali ganda,” tambahnya.

Jelasnya, laluan kawasan industri sering dilalui kenderaan berat dan jalan tersebut perlu diselenggara menerusi kaedah CIPR.

Ir. Razali Kassim bersama Mohamad Nizar Mohamad Najib

Sementara itu Mohamad Nizar pula berkata, kawasan berkenaan perlu dijaga sebaiknya bagi ‘menyunting’ minat pihak pelabur meluaskan perniagaan di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi di Pahang.

Ia supaya pemain industri yang sedia ada berpuas hati bagi menjalankan urus niaga selain menjamin operasi kilang jika kemudahan infrastruktur dijaga dengan baik selain menarik minat prospek industri lain ke Pahang.

“Kalau pelabur masuk jalan berlubang, jalan berlopak, anjing berkeliaran, macam mana nak yakinkan pelabur masuk dalam indusri Gebeng ini, itulah persoalannya.

“Kita anggaplah investor ini macam nak melamar isteri, isteri kalau comot pakai baju koyak, siapa nak kahwin dengan dia? Saya berharap kita cari solusi dan selenggarakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here