KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Firdaus Wong menyelar sikap setengah-setengah pemimpin bukan Islam yang sering kali mencampuri urusan umat Islam.
Menurutnya, bantahan terhadap garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam bukan sesuatu yang baharu.
Katanya, golongan terbabit seringkali menggunakan alasan perpaduan dan hubungan kaum bagi mencampuri urusan umat Islam.
“Dari dulu lagi, mereka memang suka masuk campur dengan alasan kononnya walaupun garis panduan itu untuk muslim tetapi akan ia tetap mengganggu perpaduan dan hubungan kaum.
“Tidak, hubungan kaum terganggu bila ahli politik menjadikan isu seperti ini yang bukan hal agama mereka dengan memberikan komen. Itu satu cara mereka mengganggu perpaduan dan keharmonian negara.
“Mereka komen sebab nak dapatkan populariti, perhatian. Ahli politik yang suka masuk campur urusan Islam. Ahlii Parlimen ini mereka tak ada masalah rakyat untuk diselesaikan? Penganut agama mereka tak ada masalah?” katanya kepada Malaysia Gazette.
Pendakwah bebas itu turut menegur dua pemimpin politik iaitu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Ahli Parlimen Klang V. Ganabatirau yang membuat ulasan mengenai garis panduan terbabit.
Menurut Firdaus, kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu tidak bersandarkan fakta dan hanya mencari populariti murahan.
“Garis panduan itu hanyalah untuk umat Islam. Bukankah dengan masuk campur urusan orang Islam mereka melanggar Perlembagaan? Apa yang memberikan mereka hak untuk memberi komen bagaimana muslim ingin meguruskan hal mereka.
“Tolong tanya Ganabatirau dan Saravanan adakah selesa jika Muslim menguruskan hal mereka dengana berkata penganut Hindu tak boleh melakukan ritual ketika Thaipusam? Kita muslim takkan buat (campur tangan) begitu.
“Adakah mereka ok jika kita cuba mengganggu dan mengajar mereka macam mana hendak beragama? Mereka pasti tidak akan setuju,” kata Firdaus.
Sementara itu Firdaus menegaskan garis panduan yang bakal dikeluarkan berguna kepada orang Islam bagi membezakan budaya dan adat dalam satu-satu agama supaya mereka tidak melakukan amalan yang bercanggah dengan Islam.
Garis panduan itu katanya, turut tidak menjejaskan toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.- MalaysiaGazette
apabila agamawan sibuk dengan urusan politik dan berlebih2 dalam hal dunia…
masyarakat semakin keliru dan melampau dalam tindakan