Pelakon, Hafidz Roshdi tidak dapat menahan sebak ketika bercakap kepada media berhubung kes Hadanah terhadap bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2025

SHAH ALAM – Pelakon, Hafidz Roshdi memberi amaran kepada warga net di media sosial yang disifatkan beliau sebagai keterlaluan kerana menganggap kedua-dua anaknya tidak perlu berbinkan dia.

Katanya, sesiapa pun tidak boleh menyangkal hakikat bahawa Umar dan Humairah merupakan darah dagingnya.

“Paling saya nak tujukan tegas kepada mereka di luar sana, yang menyatakan di media sosial Umar dan Humairah tidak perlu berbinkan saya, saya bagi amaran tolong hormati, saya tetap abah mereka,” tegasnya.

Hafidz berkata demikian ketika ditemui di lobi Mahkamah Syariah, di sini untuk prosiding kes tuntutan hak penjagaan kepada kedua-dua anaknya itu.

Turut hadir, peguam mewakilinya, Puteri Umi Kartini Abd Latiff.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar yang masing-masing berusia 8 dan 5 tahun.

Kemudian pasangan itu bercerai pada 27 Julai 2023 sebelum Hafidz bernikah dengan Athira Yuhada pada Disember tahun itu.

Dalam pada itu, Hafidz enggan mengulas lanjut ketika ditanya ura-ura mengenai isterinya kini berbadan dua.

“Saya tiada komen hari ini saya fokus kes hadhanah (tuntutan hak penjagaan). Kalau ada rezeki Allah bagi saya teruja,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here