Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri akan membincangkan isu berkaitan cadangan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam esok.

Perkara tersebut disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ketika ditemui selepas meluncurkan inisiatif baharu iaitu Sistem e-SelfAudit bagi pengauditan syarikat kerajaan di sini hari ini.

“Itu kita akan bincang di Kabinet esok,” kata Anwar ringkas.

Artikel berkaitan: Garis Panduan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam : Jangan Buat ‘Ad Hoc Announcement’ – Ka Siong

Garis panduan untuk elak fitnah terhadap Islam – Pensyarah

Garis panduan umat Islam: Jika belum muktamad, mengapa umum di Parlimen?

Garis panduan umat Islam: Ahli Parlimen DAP mahu jumpa Menteri Agama

DAPSY tak setuju garis panduan Muslim hadir majlis bukan Islam

Garis panduan baharu bagi umat Islam di sambutan perayaaan bukan Islam – Mohd. Na’im

Media sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mohktar berkata, cadangan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam, masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti.

Menurutnya, proses libat urus itu termasuk melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-126.

“Keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI akan diangkat kepada pertimbangan Mesyuarat MKI yang dipengerusikan oleh Sultan Perak,” katanya dalam kenyataan

Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu, Mohd Na’im memaklumkan, satu garis panduan baharu akan diperkenalkan merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

Beberapa pihak mengkritik cadangan garis panduan baharu itu antaranya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.-MalaysiaGazette

Garis panduan umat Islam masih dalam proses libat urus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here