Abdul Rozak menunjukkan gambar suspek utama yang dikenali sebagai Holy bagi membantu siasatan kes kelar peniaga di Bandar Baru, Air Itam, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

GEORGE TOWN – Polis sedang memburu suspek utama kes seorang peniaga parah akibat dikelar menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek lelaki, Ong Wei Loon, 36, atau lebih dikenali sebagai Holy, dipercayai telah melarikan diri dari negeri ini selepas kejadian tersebut.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan ketika ini dan kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, kita menahan dua lelaki tempatan berusia 39 dan 48 tahun bagi membantu siasatan namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas mereka didapati tidak terlibat dalam serangan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rozak menafikan spekulasi mangsa berusia 40 tahun itu dikelar disebabkan kegiatan perjudian mahupun along seperti yang tular di media sosial.

“Siasatan kita mendapati kejadian tersebut berpunca daripada masalah hutang.

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Artikel berkaitan : 

Dua lelaki direman bantu siasatan kes kelar peniaga

MalaysiaGazette pada Isnin lalu melaporkan, dua lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang peniaga parah akibat dikelar menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi terhadap suspek berusia 39 dan 48 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

MalaysiaGazette difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang dan mangsa berusia 40 tahun itu didatangi tiga suspek ketika dia berada di rumah bersama isterinya.

Difahamkan, timbul perselisihan faham antara mereka sebelum salah seorang daripada suspek bertindak agresif dengan mengelar pipi kiri, dada, dan betis mangsa menggunakan sebilah pisau.

Susulan itu, ketiga-tiga suspek dikatakan melarikan diri dan isteri mangsa yang melihat kejadian menelefon pihak ambulans sebelum suaminya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here