BANGKOK- Kementerian Kesihatan Awam Thailand memperkenalkan program pembedahan dibantu robot untuk meningkatkan akses kepada rawatan kanser yang teruk, mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Menurut Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin, pembedahan robotik itu akan ditawarkan kepada kira-kira 100 pesakit kanser antara Mac tahun ini hingga April 2026, dengan kerjasama Hospital Rajavithi dan institusi perubatan lain.
Bercakap dalam satu acara sempena Hari Kanser Sedunia 2025 Selasa lalu, beliau menyatakan bahawa Thailand mencatatkan kira-kira 140,000 kes baharu dan 83,000 kematian akibat kanser setiap tahun.
Sehubungan itu katanya, Kementerian Kesihatan Awam sedang mempertingkatkan penjagaan kanser dengan memperluaskan saringan, rawatan, dan pemulihan.
“Kami mahu rakyat mendapat akses kepada rawatan moden dan berkualiti tinggi supaya mereka dapat kembali kepada kehidupan normal dengan lebih cepat,” katanya.
Menurut beliau, pembedahan dibantu robot menawarkan ketepatan lebih tinggi, komplikasi yang lebih rendah, serta pemulihan yang lebih cepat bagi pesakit.- Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast