Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (tengah) pada Majlis Pelancaran Infaq Ramadhan Syawal 1446h/2025M di Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 06 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) mengajak orang ramai untuk sama-sama berinfaq sempena kehadiran Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, program yang dilaksanakan sejak yayasan itu ditubuh adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf dalam menempuh bulan yang penuh keberkatan selain, sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Katanya, meskipun sudah 14 tahun program seumpama itu dilaksanakan namun masih ada golongan asnaf yang tercicir ekoran ketidak cukupan dana untuk membantu mereka.

“Mulai tahun ini, kita menggunakan sistem kod QR bagi meminta dana daripada orang ramai untuk kita kumpulkan yang lebih besar, yang mana kita oleh tolong ramai asnaf-asnaf yang memerlukan.

“Kita ada data dan mulai hari ini, kita akan buka hanya melalui kod QR sahaja. Kalau Syarikat-syarikat besar (yang menyumbang) kita terima cek dan tak terima tunai,” katanya kepada media selepas Pelancaran Infaq Ramadan Syawal, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Infaq Ramadhan Syawal 1446h/2025M di Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 06 FEBRUARI 2025.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, menggunakan kod QR lebih mudah untuk membuat kiraan jumlah infaq yang berjaya dikumpulkan dan langkah itu lebih selamat dalam memastikan setiap sen yang diterima dapat disalur kepada golongan sasaran.

Malah katanya, ia juga untuk mengelak berlakunya kutipan oleh agen-agen tertentu yang akhirnya wang infaq itu tidak sampai kepada yayasan sekaligus merencatkan usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Kita tak akan hampakan orang yang berharap, sebab kalau guna akaun ini, ia akan terus masuk kepada kami dan kita tahu berapa jumlah yang kita dapat dan agihan pun senang…kita guna pakai cari ini lebih selamat.

“Kita nak bantu asnaf beli barang makanan, (beri wang) tunai dan juga untuk sumbangan kepada pusat-pusat tahfiz,” ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran itu, Syed Ibrahim berkata, YAKIN tidak membenarkan sebarang sumbangan berbentuk wang tunai diberikan kepada yayasan itu untuk tujuan tersebut.

Jelasnya, resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak ibu pejabat YAKIN kepada penyumbang-penyumbang.

YAKIN mensasarkan 2,000 keluarga yang tediri daripada golongan asnaf dan anal-anak yatim termasuk pusat tahfiz dapat dibantu dan menerima faedah daripada program berkenaan.

“Saya mohon kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat, NGO dan individu untuk terus menyalurkan sumbangan mereka kepada YAKIN,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here