M. Kumar.

JOHOR BAHRU – Seorang ahli sindiket ah long yang bergiat aktif melakukan ugutan jenayah dengan cara menyimbah cat di rumah mangsa yang gagal membuat pembayaran akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun sebelum ini mendapat upah RM450 untuk melakukan perbuatan khianat tersebut.

“Modus operandi sindiket pinjaman wang tanpa lesen melalui pengiklanan tawaran pinjaman wang dalam Facebook dan TikTok untuk memperdaya peminjam.

“Wang akan dimasukkan dalam akaun pemilik peminjan oleh sindiket setelah diberikan butiran nombor akaun, permit kerja serta alamat tempat tinggal walaupun terma perjanjian pinjaman belum dipersetujui,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sindiket akan memaksa peminjam untuk membuat pembayaran dengan menggunakan kadar faedah yang tinggi antara 20 hingga 50 peratus daripada jumlah pinjaman.

Sekiranya gagal atau enggan membayar katanya, ahli sindiket akan bergerak untuk membuat ugutan dan seterusnya melakukan perbuatan khianat simbah cat bertujuan menakut-nakutkan peminjam serta ahli keluarga.

Beliau memberitahu, saaran sindiket terbabit adalah warga tempatan yang bekerja di Singapura dan segala urusan tranksaksi kemasukan serta pembayaran balik pinjaman adalah menggunakan akaun bank yang didaftarkan di negara tersebut.

“Dengan penangkapan ini pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes dengan modus operandi yang sama iaitu melibatkan masing-masing dua kes di Segamat, Johor Bahru Utara dan Kluang manakala masing-masing satu kes di Batu Pahat dan Seri Alam.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here