Home Nasional Mengantuk punca warga emas rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

Mengantuk punca warga emas rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

KUANTAN – Pemandu lelaki berusia 72 tahun telah melanggar kenderaan lain di persimpangan empat lampu isyarat Bukit Setongkol di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berkenaan dipercayai mengantuk ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam insiden 12.20 tengah hari itu.

”Sebanyak tiga kenderaan iaitu MPV jenis Perodua Alza dan dua kereta Proton Saga BLM terlibat dalam kemalangan pada Khamis.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Perodua Alza tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat mengantuk lalu terbabas melanggar Proton Saga BLM berwarna kelabu.

”Bagaimanapun kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kemalangan antara dua kenderaan itu telah menyebabkan Proton Saga BLM terbabit mengundur dan melanggar bahagian hadapan sebuah lagi Proton Saga BLM lain dipandu lelaki berusia 32 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemanduan warga emas berkenaan kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga mengakibatkan kemalangan.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Peraturan 10 LN 166/59.

Terdahulu kejadian tersebut tular di laman sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka berdurasi 38 saat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here