Oh Hee Leng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang tukang masak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul saudara lelakinya sehingga tidak sedarkan diri pada Januari lalu.

Tertuduh, Oh Hee Leng, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Oh Hee Leng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas Tan Oon Eng, 33, menggunakan sebatang kayu .

Dia didakwa dilakukan perbuatan itu di tepi sebuah rumah di Kampung Telok, Sungai Dua di sini, jam 4 pagi pada 31 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut  Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sampai dua puluh tahun serta denda dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Nurul Nadia tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa merupakan saudara kepada tertuduh.

Selain itu, mangsa juga dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di hospital.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Difahamkan, mangsa pengalami pendarahan otak, patah kaki kiri, tulang kepala serta kecederaan lain di tangan akibat dipukul tertuduh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here