Zamarul Hisham di ICU.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Zamarul Hisham stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan akibat sesak nafas pada dua hari lalu.

Perkembangan terkini itu dikongsikan isterinya, Diana Rafar menerusi Instagram.

Katanya, suaminya kini dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang sejak semalam.

Ia bagi memudahkannya untuk berulang-alik dari rumah untuk menjaga Zamarul, katanya.

“Suami masih lagi dalam ICU tetapi keadaannya stabil. Doktor masih memantau keadaannya supaya mendapat rehat yang cukup sebelum meneruskan rawatan.

“Saya mohon teruskan berdoa buat suami agar segera sihat dan dapat berkarya,” katanya.

Diana yang juga pelakon itu mengaku suaminya terlalu penat dan tidak mendapat tidur yang cukup.

“Selama ini, suami seorang yang cergas, kuat, gembira, rajin dan tak tahu duduk diam. Semua benda suami nak buat sendiri tapi bila tiba-tiba jatuh macam tak terduga.

“Saya panik dan kosong jiwa bila tengok keadaan suami,” tambahnya.

Sebagai rekod, Rabu lalu Zamarul, 53, yang menjalani penggambaran di Port Dickson untuk drama terbitan Zeel Producition bersama Elly Mazlein dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans selepas dilaporkan sesak nafas dan dalam keadaan lemah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here