Fasa pertama peningkatan akses internet dan pemasangan akses poin Wi-Fi di tiga universiti awam telah siap 5 Februari lalu setelah kira-kira tiga minggu sejak ia dilaksanakan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fasa pertama melibatkan pemasangan sebanyak 3,149 akses poin di tiga universiti awam, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).