Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Naib Canselor, Professor Datuk Dr Noor Azuan Abu Osman hadir ketika tinjau pemasangan wifi di Kolej Kediaman Ketujuh Za'ba (KK7) di Universiti Malaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Fasa kedua pemasangan titik akses wifi dijadualkan bermula Mac ini melibatkan 14 universiti awam, 24 politeknik dan 43 kolej komuniti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menyasarkan 31,173 titik akses dapat dipasang pada fasa kedua.

“Kerja pemasangan dijangka siap dalam tempoh empat bulan dengan kos seluruhan bernilai  RM175.8 juta,” katanya semasa sidang media selepas melakukan tinjauan pemasangan titik akses internet di Kolej Kediaman Ketujuh Za’ba (KK7), Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, fasa pertama peningkatan akses internet dan pemasangan titik akses WiFi di tiga universiti awam telah siap 5 Februari lalu.

Katanya, projek tersebut menyaksikan 3,149 titik akses berjaya dipasang di tiga universiti awam, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tambah beliau, daripada jumlah itu, UM telah menerima 1,837 akses poin, dengan kos keseluruhan RM11.6 juta.

“Peningkatan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani masalah capaian internet di universiti awam, yang sering menjadi aduan mahasiswa,” katanya lagi.

Di majlis yang sama, Fahmi menyampaikan sumbangan sebanyak 50 komputer riba kepada Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UM untuk disampaikan para pelajar yang terkesan akibat banjir tahun lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here