Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu mengambil kereta tanpa mahu membayar denda di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati di sini seorang wanita warga China ditahan polis.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata,  kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari pada Rabu lalu apabila kakitangan MPAJ yang berada di depoh itu didatangi wanita berkenaan.

Wanita itu yang berusia 45 tahun yang sudah berkahwin dengan lelaki tempatan datang untuk mengambil kereta Axia tanpa membuat pembayaran denda.

“Sejurus mendapat aduan, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di hadapan sebuah rumah Taman Melawati di sini pukul 7.45 malam pada hari sama. 

“Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau, keretanya telah ditunda atas kesalahan menghalang lalu-lintas,” katanya.

Suspek juga sudah direman dua hari sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan pertuduhan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here