KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mengulangi amaran kepada Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong agar tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan umat Islam di negara ini.
Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO bertanggungjawab melawan mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan agama Islam dan bangsa Melayu.
Ujar beliau, prinsip UMNO adalah menjaga agama, bangsa dan tanah air, bukan hanya berpolitik secara semberono.
“Apabila kamu campur urusan agama kami, maka menjadi tanggungjawab kami orang Melayu Islam mempertahankannya. Bagi kami agama dan bangsa melebihi parti politik.
“Sekali lagi amaran kami berikan amaran kepada kamu, agama adalah urusan kami, bukan urusan kamu. Selama ini kami tidak pernah sentuh urusan agama kamu,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/MGF17112024_KONGRES-DAPSY-19-300x200.jpg)
Dalam hantaran itu, Dr. Muhamad Akmal turut mengingatkan bahawa Kah Leong mungkin akan kekal sebagai pembangkang untuk selama-lamanya jika terus mengganggu gugat dan mencampuri urusan agama Islam dan bangsa Melayu.
ARTIKEL BERKAITAN
Dr Muhamad Akmal mengulas kenyataan Kah Leong semalam yang `menyindir’ beliau supaya tidak bersikap lebih daripada Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) sendiri.
Media melaporkan, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Dr. Muhamad Akmal berhenti daripada meneruskan polemik berhubung garis panduan masyarakat Muslim menghadiri majlis perayaan bukan Islam.
Ia susulan keputusan Jemaah Menteri semalam untuk tidak meneruskan Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Perayaan dan Kunjungan Ke Rumah Ibadat Selain Islam di negara ini.
DAPSY dalam satu kenyataan berkata, sebagai seorang ahli kerajaan dan UMNO, Dr. Muhamad Akmal seharusnya akur dengan keputusan Kabinet dan menghormati konsensus yang telah dicapai.
Menurutnya, jika masih ingin bertindak seolah-olah sebagai ejen Perikatan Nasional (PN), lebih baik Dr Muhamad Akmal letak jawatan dan menyertai Pas daripada terus menjadi musuh dalam selimut dalam kalangan Kerajaan Perpaduan.
“Cukup-cukuplah berlagak sebagai ‘hero’ yang seolah-olah anti Kerajaan Perpaduan atau anti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Negara ini tidak memerlukan ‘hero’ yang cuba merosakkan perpaduan nasional atau menolak segala cadangan baik daripada kerajaan.
“Beliau sepatutnya berpolitik dengan lebih matang, berhemah, dan profesional, bukan menjadikan setiap isu sebagai perkauman dan keagamaan,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette
DAP ni lebih teruk daripada British…sebab masa sistem residen diperkenal..British menetapkan tidak campurtangan dlm hal ehwal Islam & adat istiadat Melayu…tp DAP ni panduan agama utk org Islam pun dia nak menyibuk & perlekehkan..