GAZA – Hamas menegaskan Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki, bukan harta yang boleh dibeli atau dijual.
Kenyataan itu sebagai respons kepada kenyataan Presiden Donald Trump yang berhasrat untuk “membeli dan memiliki Gaza.”
Ahli Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq mengecam kenyataan Trump itu sambil menegaskan Gaza adalah milik rakyatnya.
“Kita rakyat Palestin akan menggagalkan semua rancangan pemindahan dan pengusiran,” kata kenyataan itu.
Ahad lalu, Trump berkata, Amerika Syarikat “komited untuk membeli dan memiliki Gaza,” dan negara itu mungkin membenarkan negara lain di Timur Tengah membina semula jalur yang dilanda perang. – Agensi