Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran HRD Corp di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Ming di sini semalam yang juga dihadiri Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mengutip levi sebanyak RM2.3 bilion tahun lalu berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya.

Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim berkata, ini merupakan kejayaan hasil reformasi pengurusan dilaksanakan tanpa kompromi di semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) termasuk HRD Corp.

Antaranya, kata Sim, Dasar KESUMA Reengineering yang membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pemegang taruh, khususnya dalam pemprosesan tuntutan levi.

“Ini yang paling tinggi dalam sejarah. Ada juga yang tanya mengapa kutip levi? Kita tidak hanya kutip levi sebaliknya memastikan levi ini digunakan kembali untuk memperkasakan rakyat dengan meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja kami di negara ini ke tahap lebih hebat,” katanya.

Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran HRD Corp di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Ming di sini semalam yang juga dihadiri Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood.

Kata Sim lagi, kelulusan yang diberikan bagi penggunaan levi pada tahun lepas mencecah RM2.27 bilion daripada RM2.3 bilion, sekali gus menyaksikan peningkatan hampir 30 peratus berbanding 2023 (RM1.7 bilion).

Dalam pada itu, Sim memaklumkan kali ini HRD Corp menyasarkan untuk menyediakan sistem penyampaian dan perkhidmatan dalam mempercepat kelulusan geran levi kepada sejam pada tahun ini.

“Tahun lalu, HRD Corp segerakan proses kelulusan untuk kegunaan levi daripada tujuh hari kepada dalam tempoh 24 jam, manakala tahun ini menyasarkan untuk melunaskan pembayaran levi daripada tujuh hari kepada tiga hari,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here