TOKYO, – Bilangan korporat yang bankrap di Jepun mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun berikutan kenaikan harga dan kekurangan buruh menjejaskan operasi perniagaan, menurut data penyelidikan.
Syarikat memiliki liabiliti sekurang-kurangnya 10 juta yen (kira-kira AS$65,720) yang menjalani pembubaran undang-undang berjumlah 830 pada bulan lepas, meningkat 18.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.
Ia merupakan bulan ke-33 berturut-turut pertumbuhan tahun ke tahun, menurut firma penyelidikan Teikoku Databank.
Industri yang paling terjejas ialah sektor perkhidmatan dengan 218 kes, peruncitan dengan 179 kes, dan pembinaan dengan 170 kes, memandangkan peningkatan kos dan kekurangan tenaga buruh.
Teikoku Databank meramalkan kebankrapan akan terus meningkat secara beransur-ansur, dengan menyatakan banyak syarikat bimbang tentang potensi kesan dasar perdagangan Amerika Syarikat. – Agensi