Inisiatif latihan MISI anjuran MISI HRD Corp melatih pemandu trak Malaysia kaum India melalui program Certificate of Professional Competence (CPC) - Dangerous Goods (DG) Integrated Truck Driver Training.

KUALA LUMPUR – Inisiatif Malaysian Indian Skills Initiative atau lebih dikenali dengan nama MISI tampil memperkasa tenaga kerja negara dengan melatih pemandu trak Malaysia kaum India melalui program Certificate of Professional Competence (CPC) – Dangerous Goods (DG) Integrated Truck Driver Training.

Program latihan tiga hari diadakan di Klang, Selangor itu merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) turut mendapat sambutan menggalakkan dalam masa singkat.

Dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette, kata HRD Corp, ini sekaligus membuktikan visi dan misi insiatif MISI ini tercapai melalui latihan kemahiran dalam bidang ini kerana permintaan yang tinggi terhadap latihan khusus dalam bidang logistik.

Kata HRD Corp, program latihan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), P Prabakaran, secara langsung turut membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemahiran selain perkasa bakat komuniti India di Malaysia.

Katanya, melalui pentauliahan DG ini, pemandu trak untuk kategori ini akan mendapat gaji lebih tinggi serta jaminan pekerjaan yang lebih baik.

“Latihan intensif yang dijalankan selama tiga hari ini juga memberi kelebihan daya saing kepada peserta.

“Para graduan program latihan ini bukan sahaja berpeluang menceburi bidang keusahawanan, malah mereka turut layak untuk jawatan pengurusan.

“Malah program ini juga menyokong pematuhan ESG (alam sekitar sosial dan urus tadbir) dan piawaian keselamatan antarabangsa, memastikan ia kekal relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Latihan pemandu trak Malaysia kaum India melalui program Certificate of Professional Competence (CPC) – Dangerous Goods (DG) Integrated Truck Driver Training.

Dalam kenyataan sama, kata Prabakaran pula, latihan bersepadu DG itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha melengkapkan pemandu lori dengan pensijilan dan kepakaran yang diperlukan bagi memajukan kerjaya mereka yang terlibat.

Untuk makluman, MISI diterajui oleh KESUMA melalui HRD Corp telah menerima lebih 3,000 penyertaan dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi, antaranya Kecerdasan Buatan dan pertanian pintar, selaras dengan keperluan industri untuk kemahiran masa hadapan.

Program itu bukan sekadar mencipta peluang pekerjaan, tetapi juga memperkasa keusahawanan, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat dan membuka ruang untuk kemajuan kerjaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here