Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, Selangor pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata, pihak polis menerima laporan tentang kejadian pergaduhan di sebuah unit kondominium di kawasan itu sebelum menghantar satu unit MPV untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di kawasan itu pada 4.10 petang, seorang wanita warga Filipina telah memaklumkan kepada pihak polis dia telah bergaduh dengan teman lelakinya yang juga seorang peniaga warga tempatan disebabkan cemburu lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Wanita itu memaklumkan teman lelakinya memiliki sepucuk pistol sebelum menyerahkan sebungkus plastik biru. Pemeriksaan lanjut di dalam plastik itu mendapati ia mengandungi sepucuk pistol bersama 30 butir peluru 9mm,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu polis menahan lelaki dan wanita berkenaan, masing-masing berumur 34 tahun untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata suspek lelaki direman empat hari bermula semalam, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, manakala wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis masih menyiasat motif pemilikan senjata oleh lelaki itu,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here