Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin pada sidang media rampasan dadah di Dewan Theatreatte, Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 10 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Polis Kontinjen Selangor bagi mengesan rakan-rakan suspek yang melepaskan tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin, hal ini kerana siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30-an mempunyai 11 rekod jenayah dan berkaitan dadah.

“Kami akan membantu Ketua Polis Selangor dan JSJ dalam melengkapkan siasatan mengikut keperluan.

“Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian hanya kerana dia mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya, status suspek hanya boleh disahkan sekiranya dia berjaya ditangkap dan menjalani ujian saringan dadah.

Terdahulu, media melaporkan berlakuya insiden tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam itu, malam kelmari.

Ekoran kejadian itu, seorang pekerja pembersihan telahcedera selepas terkena empat das tembakan di bahagian kaki dan punggung.

Suspek kemudian merampas sebuah Perodua Ativa dengan mengacukan senjata api ke arah pemandu dan memaksanya membawanya keluar dari Shah Alam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here