Presiden Donald Trump Foto AFP

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium ke negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad.

“Sebarang keluli yang memasuki AS akan dikenakan tarif 25 peratus,” kata Trump kepada wartawan yang mengiringinya.

Ketika ditanya sama ada import aluminium turut terjejas, Trump menjawab, “25 peratus untuk kedua-duanya.”

Beliau mengesahkan bahawa tarif “timbal balik” tambahan akan diumumkan dalam minggu ini, dengan pengisytiharan rasmi dijangka dibuat pada Selasa atau Rabu.

“Secara ringkas, jika mereka mengenakan tarif ke atas kita, kita juga akan mengenakan tarif ke atas mereka,” katanya sambil menambah bahawa langkah itu akan berkuat kuasa “hampir serta-merta.”

Tarif AS sebanyak 10 peratus ke atas barangan China mula dikuatkuasakan pada Selasa, manakala tarif 25 peratus yang dirancang ke atas import dari Mexico dan Kanada ditangguhkan sementara selama 30 hari.

Penangguhan itu dibuat susulan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan langkah keselamatan sempadan.

Trump, yang memenangi pilihan raya presiden pada November lalu dengan berkempen untuk mengurangkan defisit perdagangan, sebelum ini pernah mengenakan beberapa tarif semasa penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.

— BERNAMA-dpa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here