KUALA LUMPUR – Seorang warga emas nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga Pangsapuri Seri Malaysia di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.45 petang ketika lelaki berusia 78 tahun itu hendak memakir keretanya.
Kejadian berpunca kerana mangsa tersalah menekan pedal minyak semasa hendak memakir kenderaannya.
Ketika kejadian mangsa berseorangan.
Insiden itu menyebabkan keretanya rosak teruk dan struktur dinding parkir pecah akibat hentaman kuat.
Katanya, kawasan kejadian ditutup bagi kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak pengurusan. – MalaysiaGazette