Presiden Turkiye Racep Tayyip Erdogan ketika berucap pada Forum Perniagaan sempena Lawatan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan di Dewan Persidangan Utama, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 11 FEBUARI 2025.

PUTRAJAYA – Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.

Membuka ruang untuk penyertaan Turkiye, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya pada Selasa berkata, Malaysia menyokong penuh peluasan hubungan ASEAN dengan pemain global utama.

“Turkiye juga wajar dipertimbangkan sebagai rakan dialog,” kata Anwar, sambil menekankan bahawa ASEAN sudah menjalin hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU), Kanada, New Zealand, Australia, China dan India antara lain sebagai rakan dialog.

Anwar berkata bahawa beliau berbincang dengan Kementerian Luar untuk membawa cadangan ini ke peringkat pemimpin ASEAN bagi pertimbangan lanjut.

ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Dalam kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia, Malaysia mengalu-alukan permohonan Turkiye untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN serta penglibatannya dalam mekanisme pertahanan serantau.

Kenyataan itu turut mengesahkan sokongan Malaysia terhadap bidaan Turkiye dalam Program Pemerhatian Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus bagi tempoh 2024-2027.

Selain itu, Malaysia turut menghargai sokongan Turkiye terhadap pemusatan ASEAN serta komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dengan rantau ini, menurut kenyataan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here