Lapan termasuk lima sekeluarga nyaris maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi.
Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga terdiri daripada pasangan suami isteri, anak, ibu mentua dan kakak ipar berusia antara 10 hingga 74 tahun dengan kereta Mercedes A250 Sport yang dinaiki tiga lelaki berusia 21 tahun.