Tertuduh Ruslinah Mohamed Kaseh, tahun, dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas membuat pengakuan tidak bersalah  terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustafa hari ini

KUANTAN – Seorang guru besar di sebuah sekolah di sini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berkaitan tuntutan palsu berkaitan projek keceriaan sekolah pada dua tahun lepas di Mahkamah Seksyen Kuantan hari ini.

Tertuduh, Ruslinah Mohamed Kaseh, 54,, membuat pengakuan itu atas  semua pertuduhan dan mohon dibacarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustafa.

Beliau berbaju kurung ungu dan bertudung lavender serta berpelitup muka mengangguk faham terhadap empat pertuduhan dan empat lagi pertuduhan pilihan.

Dalam kertas pertuduhan, tertuduh sebagai ejen Kerajaan Malaysia selaku guru besar Sekolah Kebangsaan LKTP (Felda) Bukit Kuantan telah menggunakan dengan niat hendak memperdayakan Kementerian Pendidikan  (KKM)  berjumlah RM4,126 bagi pembekalan berkaitan projek Keceriaan Sekolah “Sekolahku Indah” Transformasi Sekolah 25 Sekolah LKTP (Felda) Bukit Kuantan pada 9 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sesi pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad yang memohon mahkamah mengenakan wang jaminan berjumlah RM15,000 terhadap semua pertuduhan beserta syarat tambahan.

”Antara syarat tambahan perlu menghadiri ke Pejabat SPRM Kuantan pada Isnin pertama setiap bulan, menyerahkan pasport antabangsa.

”Tertuduh tidak boleh mengacau ganggu atau menghubungi saksi pendawaan dan pengadu kecuali pegawai penyiasat,” kata Ezuain.

Manakala tertuduh diwakili peguam, Shuhairil Ziqrul dan Syafiqa Syeba memohon mahkamah mengurangkan kadar wang jaminan dengan alasan gaji bersih Ruslinah sekitar RM2,600 dan tidak mampu menampung kos ikat jamin.

Selain itu, peguambela mengatakan tertuduh mempunyai tanggungan empat orang anak dan jaminan memberi komitmen yang baik terhadap pihak SPRM sepanjang proses siasatan serta tiada rekod jenayah lampau.

Shuharil dalam hujahan bersandarkan prinsipal kes Manikam lawan Pendakwa Raya serta kes Ramlah lawan Selamat 1995 2 MLJ 385  berkata, satu prinsip undang-undang digariskan berkaitan kadar wang jaminan.

”Jumlah jaminan yang melampau boleh diaggap pra-hukuman terhadap tertutuduh sekiranya tertuduh tidak mampu menjamin dirinya serta mendapatkan akses peguam untuk membela dirinya

”Memandangkan tertuduh baru sahaja dipanggil memberi keterangan semalam di SPRM, tertuduh dan keluaganya mempunya masa yang amat singkat untuk mengumpulkan wang.

”Tertuduh telah melantik peguambela seawal  kali pertama pertuduhan dibacakan dan menunjukkan komitmen untuk menjawab segala pertuduhan ke atas diri beliau,” katanya.

Hakim kemudian menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan terhadap tertutuduh serta mengenakan semua syarat tambahan.

Kes disebut semula pada 7 April depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here