Gambar hiasan

PARIS – Jualan Gucci susut  24 peratus pada suku keempat tahun lalu, menurut Kering, pemilik syarikat induk multinasional Perancis bagi barangan mewah.

Penurunan itu mengakibatkan hasil jualan Kering jatuh 12 peratus.

Jualan Saint Laurent dan Balenciaga juga terus merosot tetapi tidak mendadak berbanding pada suku sebelumnya.

Bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan jualan Bottega Veneta sebanyak 10 peratus.

Keuntungan operasi turun 46 peratus kepada €2.6 billion euro, melebihi jangkaan penganalisis.

Pemilik Kering terjejas teruk oleh kelembapan global dalam permintaan mewah, yang datang pada masa sama dengan usahanya untuk meletakkan semula strategi dan estetika utama Gucci dengan tumpuan lebih mewah.

Nilai saham kumpulan itu telah jatuh sebanyak 40 peratus sepanjang tahun lalu.

“Ini adalah “annus horribilis” (tahun bencana) untuk Kering, yang banyak dicerminkan dalam harga saham,” tulis penganalisis Luca Solca dalam nota penyelidikannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here