Gara-gara tertekan pedal minyak, seorang warga emas nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri, di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata kejadian pada jam 2.45 petang semalam menyebabkan mangsa yang berusia 78 tahun mengalami cedera ringan.