Sukorin Sudirman merangkul anaknya Nur Safika Sofia Abdullah selepas ter;ibat dalam kemalangan di laluan jambatan besi pertama Tras, di Jalan Lama Raub - Bentong petang tadi.

RAUB – Seorang kanak-kanak lima tahun maut apabila kerata yang dipandu bapanya terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki di laluan jambatan besi pertama Tras, di Jalan Lama Raub- Bentong  petang tadi.

Ketua Polis Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, bapa mangsa dipercayai terbabas sendiri ketika mengelak dari sebuah kenderaan di hadapan ketika melalui jambatan berkenaan.

Mangsa, Nur Safika Sofia Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat patah tengkuk selepas kereta bapanya terbalik dan berpusing ketika jatuh ke dalam gaung dalam kejadian 6 petang tadi.

”Siasatan awal dapati, mangsa dan bapanya Sukorin Sudirman,30, dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.

Difahamkan kedua-dua beranak warganegara Indonesia itu dalam perjalanan pulang dari kedai.

”Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu ayah mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ayah mangsa, seorang buruh ladang durian sedar selepas kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dia kemudian mengendong  anaknya naik ke atas.

Menurut Shahril, kanak-kanak itu duduk di kerusi  penumpang hadapan,  tidak sedarkan diri selepas nahas mendapatkan rawatan kecemasan di lokasi nahas oleh pasukan penyelamat.

“Pembantu Perubatan Hospital Raub telah tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here