Seorang lelaki cedera ditetak depan deretan kedai di Jalan Wong Ah Fook di Bandaraya Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki cedera ditetak di kepala dengan senjata dipercayai pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook di bandar raya ini hari ini.

Video kejadian itu tular di media sosial, selain rakaman lain yang menunjukkan kesan  darah atas lantai dan orang ramai memenuhi lokasi kejadian yang merupakan laluan utama di tengah pusat bandar menghubungkan ke laluan Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Video tersebut juga  memaparkan keadaan mangsa ketika berlumuran darah  dipercayai berlaku di hadapan deretan kedai di kawasan tumpuan awam itu.

Selain itu video berkenaan juga menunjukkan senjata dipercayai digunakan suspek dan gambar suspek terlentang dengan tangan bergari selepas dipercayai berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita ada menerima laporan polis pada pukul 2.52 petang tadi. Suspek sudah ditangkap.

“Siasatan sedang dijalankan. Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut mengenai motif kes masih dijalankan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Seorang lelaki cedera ditetak depan deretan kedai di Jalan Wong Ah Fook di Bandaraya Johor Bahru, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here