PUTRAJAYA – Masjid Putra Putrajaya selesai mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Solat hajat itu diadakan selepas solat fardu Maghrib dengan dihadiri lebih 200 jemaah.
Solat diimamkan Imam Majlis Putra, Ustaz Mohd Reduan Dollah.
Masjid Negara dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut mengadakan solat hajat.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/MGF11022025_SOLAT-HAJAR-UNTUK-AGONG-87-1024x683.jpeg)
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, soat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib hari ini juga akan diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jumaat lalu, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan dengan diiringi Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat lalu memaklumkan, perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette