Seorang pemandu lori kontena maut selepas jentera dipandunya terbabas di susur keluar Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 3.04 pagi tadi.