Seorang pengarah syarikat direman lima hari selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi kerja pembekalan alatan sukan badminton bernilai lebih RM78,000, dua tahun lalu.
Perintah reman sehingga 15 Februari itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).