Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki ditangkap selepas menetak seorang lelaki di Jalan Wong Ah Fook, Bandaraya Johor Bahru, tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU – Tidak tahan dicabar mendorong suspek menetak seorang lelaki semasa bergaduh di Jalan Wong Ah Fook di bandar raya ini tengah hari tadi.

Menurut seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hidayah, pertengkaran dan provokasi itu mencuri tumpuan orang ramai kerana ia menimbulkan suasana bising.

Dia mendakwa, tempat mereka bergaduh melibatkan kawasan kira-kira 100 meter dan
pertengkaran itu kemudian dilihat sudah reda.

Malah katanya, lelaki yang memegang pisau memotong daging sudah melempar senjata tersebut namun mengambilnya semula selepas dicabar mangsa.

“Mereka berkejaran sampai sini dan mula bertekak. Keadaan bertambah teruk apabila seorang daripadanya berkata ‘saya tidak takut dengan parang kau’.

“Selepas itu bermula pergaduhan serius hingga berlaku kecederaan,” katanya ditemui pemberita di tempat kejadian.

Terdahulu tular satu video yang memaparkan seorang lelaki tertiarap dan terdapat sebilah pisau pemotong daging di jalan berkenaan.

Terdapat video lain yang menunjukkan kesan darah datas lantai dan orang ramai memenuhi lokasi kejadian yang merupakan laluan utama di tengah pusat bandar menghubungkan ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang mahu dikenali sebagai Mohd berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana terkejut.

“Saya sangat terkejut dan tidak boleh berfikir apa yang patut saya buat. Tergamam dan mampu melihat sahaja dari atas.

“Kejadian berlaku kira-kira 10 minit macam itu kalau ikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sini,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here