Sebuah rumah hampir hangus selepas dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Bahagia, Kampung Bukit Kapar, Klang, awal pagi, hari ini.

KLANG – Sebuah keluarga kehilangan tempat berteduh apabila kediaman mereka di Jalan Bahagia, Kampung Bukit Kapar di sini hangus  dalam kejadian kebakaran awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden tersebut pukul 10.08 pagi tadi.

“Seramai 13 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar serta bantuan BBP Klang Utara.

“Turut membantu BBP Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian pukul 10.14 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah rumah kediaman hangus hampir 90 peratus dalam satu kebakaran di Jalan Bahagia, Kampung Bukit Kapar, Klang, awal pagi, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kediaman terbabit hangus hampir 90 peratus dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden itu.

“Kebakaran telah berjaya dikawal dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan dan ketua balai masih berada di lokasi kejadian,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here