Tindakan seorang wanita berusia 37 tahun menampar anak perempuannya berusia 4 tahun di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, Perlis mengundang padah.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di sekitar Mata Ayer selepas rakaman kamera litar tertutup pasar raya berkenaan tular di media sosial.