Dua buah kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Sri Kembangan, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11 malam.