Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan kepada wakil Penerbit UTeM, Mohammad Dzulhisham Che Hassim.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Penerbit UTeM telah dinobatkan pemenang Anugerah Judul Paling Laris pada Malam Kota Buku ‘24 anjuran Perbadanan Kota Buku di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah Judul Paling Laris: Cadangan Madani (Teknologi & AI) dirangkul menerusi buku berjudul Game Development: From Idea to Prototype yang disunting oleh dua pensyarah kanan UTeM iaitu Ts. Dr. Ibrahim Ahmad dan Nazreen Abdullasim.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan kepada wakil Penerbit UTeM, Mohammad Dzulhisham Che Hassim dan dengan
kejayaan ini UTeM menerima sebuah piala dan sijil anugerah kecemerlangan.

Malam Kota Buku’24 dianjurkan bagi meraikan pencapaian industri perbukuan negara serta menghargai pemain-pemain industri yang telah berkolaborasi bersama PKB.

Pengarah Penerbit UTeM, Ts. Dr. Ruziah Ali berkata, menariknya kejayaan ini apabila buku terbitan Penerbit UTeM yang mendukung Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diangkat sebagai buku paling laris dijual menerusi platform pemasaran buku dalam talian, BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku (PKB).

“kejayaan ini membuktikan bahawa buku-buku TVET semakin popular dan menjadi pilihan para pembaca terutama dalam kalangan pelajar IPT dan sekolah, seiring dengan agenda negara yang memfokuskan kepada TVET.

“Pihak UTeM merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif baucar buku yang memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

“Pada masa yang sama, kami turut ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak PKB sebagai peneraju dan penyedia platform jualan buku terbaik,” ujarnya lagi dalam kenyataan media UTeM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here