Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki berumur 55 tahun kerana disyaki mencabul seorang wanita di Pasar Balik Pulau, di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 9.55 pagi dan suspek ditahan di rumahnya di Titi Teras pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya, susulan laporan dibuat mangsa.

Sementara itu, polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan fakta kes, pengadu (mangsa) mendakwa telah dicabul ketika berada di pasar berkenaan.

“Pengadu telah menyedari seorang lelaki telah mencabulnya dari arah belakang. Kejadian itu turut disaksikan oleh dua perempuan,” menurut kenyataan itu di Facebook malam ini.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here