Sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Vellfire antara lima kenderaan yang musnah disambar api selepas gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur, malam ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Vellfire antara lima kenderaan yang musnah selepas gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.53 malam.

“Seramai 13 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dengan bantuan BBP Serdang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sebuah kereta Perodua Bezza musnah dijilat api selepas disambar api akibat gerai jual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur, malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata, siasatan awal mendapati empat kenderaan lain yang disambar api dalam kebakaran itu melibatkan dua kereta termasuk Perodua Bezza yang musnah 80 peratus dan Proton Saga BLM, 40 peratus kerosakan.

“Turut terbakar juga dua motosikal iaitu sebuah Yamaha Y15 (50 peratus) dan sebuah motosikal Honda EX5 (95 peratus),” katanya.

Sebuah motosikal Honda EX5 musnah selepas disambar api akibat gerai jual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Kuala Lumpur, malam ini.

Ketika ditanya tentang mangsa dan punca kejadian itu, Ahmad Mukhlis bagaiamanapun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here