Hussein Omar Khan.

SHAH ALAM – Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lepas.

Beliau berkata dalam tempoh enam hari Op Selamat bermula 28 Jan hingga 2 Feb, jumlah kemalangan maut turut mencatatkan penurunan sebanyak lima kes atau 26.3 peratus iaitu 14 kes berbanding 19 kes tahun lepas.

“Kes kematian juga menunjukkan penurunan sebanyak lapan kes pada Op Selamat kali ini berbanding 22 kes pada Op Selamat 21 pada 2024,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata, dalam Op Selamat kali ini, sebanyak 23,962 saman dikeluarkan pihaknya atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata Kontinjen Selangor juga menjuarai kategori penguatkuasaan trafik saman terbaik yang diumumkan pada Majlis Apresiasi Op Selamat 23 Tahun Baharu Cina 2025 di Persada PLUS (PLUS Malaysia Berhad) pada 4 Feb. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here