Mas Ermieyati Samsudin

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding peningkatan bayaran premium insurans kesihatan / takaful, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan platform untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak secara terbuka.

Tambahnya, semua pandangan akan dimasukkan dalam laporan jawatankuasa berkenaan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Selepas daripada sesi pendengaran awam ini PAC akan mengadakan prosiding secara tertutup di bawah Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan MajliS Mesyuarat Dewan Rakyat dengan memanggil saksl-saksi terdiri daripada pemegang taruh utama dalam isu ini terdiri daripada Kementerian/ Jabatan dan Agensi Kerajaan,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Kata Mas Ermieyati, sesi berkenaan akan berlangsung di dua lokasi dan tarikh berbeza itu akan turut disertai oleh kementerian dan agensi yang berkaitan.

Sebelum ini dilaporkan, sesi pertama akan diadakan di AC Marriott Hotel, Bukit Jambul Pulau Pinang 14 Febuari ini bermula  9 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan mengendalikan sesi itu selaku moderator yang juga merupakan ahli PAC.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai termasuk pengadu terhadap syarikat insurans dan hospital swasta, pemegang polisi insurans, wakil persatuan pengguna, ejen insurans, wakil syarikat insurans, wakil pengurusan hospital swasta, doktor-doktor pakar, wakil pekerja hospital swasta, wakil syarikat farmaseutikal untuk hadir pada sesi itu.

Sesi kedua dijadualkan berlangsung di Dewan Banquet, Blok Utama Parlimen Malaysia di ibu negara pada 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Februari ini.

Sementara itu, Tze Tzin berkata, sesi tersebut merupakan inisiatif susulan isu enaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta dan premium insurans mendapat reaksi meluas masyarakat.

Keadaan itu, katanya, memberi cetusan kepada PAC untuk melaksanakan prosiding berkenaan, sekali gus merealisasikan hasrat untuk mendekatkan rakyat dengan Parlimen.

“Selepas ini mereka yang sering membuat aduan di media sosial boleh tampil ke depan untuk ceriakan sendiri dan sesi pendengaran awam ini terbuka kepada semua,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here